dalam setiap saat yang kau berikan, aku akan simpan di dalam hati ini,
dalam setiap detik nafas yang kau hembuskan, aku akan berada senafas denganmu,
dan dalam setiap pelukan itu, aku akan merasa degupan jantungmu,
kau datang dengan tiba-tiba, pertemuan yang telah mengubah segalanya,
kau bawa ku hanyut dalam bibit2 cinta,
setipa hari aku jadi keliru, aku takut kehilanganmu,
tapi kau datang memberi nafas baru,kau rayu dan membuat aku keliru dan buntu,
aku hilang arah pandu, hidup ini bagai tak berseri tanpa mendengar suaramu,
kau jadikan pengalamanmu sebagai umpan mendekatiku,
tapi kau lupa yang suatu ketika aku kan terluka
tidak pernah kah kau pikirkan yang aku akan hilang arah tujuan,
tapi kau tak peduli hingga membuat ku hanyut ke tengah lautan,
sampai ketika, kau biarkan aku lemas sendirian,
aku lemas ke dasar lautan..
aku lemah meniti hari kerana tiada lagi kau di sisi,
tiada lagi kata cintamu, tiada lagi dakapan cinta dulu,
tinggal aku sendiri, membawa diri keseorangan,
pabila malam tiba, hatiku menangis sepi,
hanya tinggal aku di sini,
bila angin bertiup, hatiku merayu pilu
hanya tinggal bayu yang lalu..
kini kau sudah tiada lagi,
aku hanya memori,
dan kau adalah fantasi yang pernah aku mimpi..
dan aku berjanji untuk tidak bermimpi lagi
kerana di akhir nanti pasti ku akan kecewa lagi..
bagaikan layu di tepi dasar lautan,
aku tabah meneruskan kehidupan,
tanpa sesiapa yang mengerti,
bahawa jiwa ini telah diguris lagi.....
No comments:
Post a Comment